Saturday 7 January 2012

Dah Insaf ke?

Saya kena hantar ke rumah nenek sbb saya selalu melawan cakap Ibu. Baba yang suruh hantar saya ke rumah nenek. Baba pun dah malas nak kisahkan saya. Saya selalu melawan cakap dan menipu Ibu saya. Dah 3 minggu saya dirumah nenek. Tak lama lagi nak naik sekolah. Baju, buku dan peralatan sekolah semua belum beli lagi. Nenek dan Ibu tanya saya, "Dah insaf ke?" Hurmm... saya pun tak tahu insaf ke tak tapi rasa-rasanya insaf kot. Ntah laa... apa nak jadi ngan Aqil ni?????

Denda Baca Doa Qunut

Dekat rumah nenek, kalau tak bangun dan sembahyang subuh, tak boleh mandi dan kena baca doa 100 atau 200 atau 300 kali sebagai hukuman. Haritu saya kena baca doa selepas amik wuduk 100 kali. Hari ni saya kena denda baca Doa Qunut 200 kali. Memang penat, haus pulak tu. Rasa nak kencing, berak pun ada lepas tu tak selesa pula. Aduh... Ibu pun nak ikut cara hukuman nenek. Silap haribulan Baba pun ikut cara nenek. Ketagih ke apa ikut hukuman nenek... penat tu. Aduh nak buat macam mana ikut jelah.

Terapi Lintah

Saya selalu selsema dan gosok hidung saya kerana gatal. Semua orang kata saya ada resdung. Hari ini nenek kata nak buatkan saya terapi lintah. Hati saya langsung tak berdebar2. Tapi bila nampak Paksu balik bawa lintah, perghh.... tengok je lintah tu dah mula berdebar. Mula2 letak sakit betul macam ada gigi tapi tak nampak pula giginya. Mula2 kena mmg sakit macam berbisa tak sangka dia boleh gigit. Kali ketiga dan keempat  mmg saya takut giler sbb berbisa gak... aduhh.

Friday 6 January 2012

PLKN

Huh.. baru 11 tahun dah kena pi PLKN. U all tau ke apa tu PLKN? Bukan Latihan Khidmat Negara laa...Pusat Latihan Kanak2 Nakal. Cuti sekolah yg lepas Aqil dihantar balik ke rumah nenek sebab nakal sangat. Kira macam kena denda la. Di rumah nenek Aqil disuruh membuat kerja2 rumah seperti sidai kain, buang sampah, cuci pinggan, sapu sampah, cabut rumput, isi air dalam botol dan mcm2 lagi tapi taklah penat sangat. Dekat Skudai rasa macam banyak sangat kerja dan selalu penat... pelik betul. Di rumah nenek, saya kena botakkan rambut saya. Aduh tak sukalah tapi tak mengapalah ikut jelah.
Ok lah itu sahaja setakat ini. Nanti jumpa lagi Abang Bo di post yg baru.

Imej 2012

Gambar ni imej lama.
Nampak macam budak baik kan?

Nak tahu apa imej baru untuk 2012?
Sudah semestinya imej BO (botak). Hensem tak?
Tapi rasanya nampak macam ganaz jer.. dah macam ada kes juvana.
Banyak pengalaman baru yang Aqil nak kongsikan setelah bergelar Abang Bo.
Tak tau la sama ada imej baru ni  mendatangkan kebaikan atau sebaliknya... Sama2 kita nantikan.
Teruskan membaca Diari Abang Bo.