Friday 6 January 2012

PLKN

Huh.. baru 11 tahun dah kena pi PLKN. U all tau ke apa tu PLKN? Bukan Latihan Khidmat Negara laa...Pusat Latihan Kanak2 Nakal. Cuti sekolah yg lepas Aqil dihantar balik ke rumah nenek sebab nakal sangat. Kira macam kena denda la. Di rumah nenek Aqil disuruh membuat kerja2 rumah seperti sidai kain, buang sampah, cuci pinggan, sapu sampah, cabut rumput, isi air dalam botol dan mcm2 lagi tapi taklah penat sangat. Dekat Skudai rasa macam banyak sangat kerja dan selalu penat... pelik betul. Di rumah nenek, saya kena botakkan rambut saya. Aduh tak sukalah tapi tak mengapalah ikut jelah.
Ok lah itu sahaja setakat ini. Nanti jumpa lagi Abang Bo di post yg baru.

No comments:

Post a Comment